Sejarah seni Karate

Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.

Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo (tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.

Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.

Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.